Tuesday, May 19, 2009

Apakah ada diskriminasi agama di German...??

Sambung Master kat German ni mengambil masa 2 tahun berbanding kalau kat United Kingdom (UK) hanya setahun sahaja. Pada mulanya course yang najwa ambil ni dibuat di UK tetapi kebetulan pulak ketika najwa buat course ni Cardiff uni buat collabration dengan satu uni swasta di Idstein Germany, Hochschule Freesenius. So terpaksa la datang ke German.....

Pejam celik...pejam celik kini hampir setahun kami di German setelah melalui pelbagai susah payah termasuklah dari segi komunikasi, makanan halal, nak sambung 'resident permit' dan macam2 lagi....

Untuk menghabiskan master ni najwa perlu membuat praktikal di tempat2 yang berkaitan dengan bidang yg najwa ambik.. 'Pharmacoeconomics'. Tak tahu entah berapa syarikat najwa hantar permohonan utk buat praktikal tapi takder satu pun yg sangkut...last2 najwa pergi jumpa pihak uni...minta mereka pula tolong carikan...(najwa ingat mungkin kerana najwa bukan org german dan tak boleh berbahasa german pula menjadi penyebab kepada rejection tu..)Tunggu punya tunggu sampai sekarang masih lagi najwa belum menerima jawapan positive berkenaan tempat praktikal. Padahal kalau diikutkan jadual untuk memulakan praktikal pada awal Julai (bergantung pada tempat) ada yang memulakan awal Jun ini. Untuk pengetahuan..najwa sorang jer yg belum dapat tempat praktikal...12 classmates najwa yg lain semua dh dapat tempat...siap boleh pilih lagi sbb dapat banyak tawaran...(and bukan semuanya org german and sama2 tak boleh speaking German juga)

Bukan najwa nak cakap besar..tapi najwa ada latar belakang clinical yg kuat...pengalaman kerja yg merangkumi berbagai ruang lingkup yg memang sangat2 bertepatan dgn semua tempat yg kami disarankan pohon utk buat praktikal..jika nak dibandingkan dgn classmates yg lain kerana mereka freshly graduates dan ada pula yg memang grad dr bachelor yg memang tiada kena mengena dgn health...tapi semua dapat tempat....lebih menyakitkan hati..ada satu syarikat ubat tu...najwa dapat jawapan 'no vacancy'..tapi classmate najwa yg pohon kemudian sedikit dr najwa dapat jawapan positive...

Kebetulan 2-3 hari yang lalu najwa ke Uni untuk menghantar assingment... jadi dah kebetulan ke sana, najwa pun terus pergi berjumpa dengan kerani yang menguruskan tempat2 praktikal. Jadi najwa pun suarakan resah hati najwa. ..adakah kerana bahasa german? kalau masalah bahasa menjadi penyebab kenapa pelajar luar German yg lain dapat tempat pula?

najwa bertanya apakah disebabkan najwa bertudung menyebabkan semua company tidak bersedia menerima? Kerani itu nampaknya macam serba salah untuk menjawab..... jadi najwa pun terus mengatakan kalau disebabkan bertudung masalahnya kenapa tidak diberitahu awal2 dalam peraturan uni.... senang untuk orang yang bertudung tidak akan menyambung study mereka kat German....jika masyarakat di German masih belum boleh menerima org bertudung berkerja...janganlah dibuka course antarabangsa di sini....

Kebetulan seorang student dari Bingen datang ziarah ke rumah kami... jadi najwa ada bertanya juga berkaitan bertudung di german ni... kata kawan tu di German memang ada diskriminasi kepada mereka yang bertudung..tetapi tidak ditunjukkan dgn jelas kerana tiap kali mereka menolak application org2 bertudung ni..mereka tak menyatakan bahawa permohonan tersebut tak berjaya kerana 'anda bertudung'! tapi mereka akan memberi alasal lain yg tak akan meletakkan mereka dalam bahaya iaitu..'ada calon lain yg lebih layak'.

Jika pihak uni menyatakan dgn jelas ini lah sebabnya...najwa akan pastikan perkara ni tidak terhenti di sini...dan jika mereka mahu najwa menggadaikan agama hanya kerana nak buat praktikal...minta maaflah...bukan mereka yg menentukan masa depan najwa...


Bagi najwa memang ujian di negara german ni cukup2 hebat.... walaubagaimana pun InsyaAllah najwa akan tetap bertahan..... kerana "Syurga itu MAHAL...tentulah ujian yg harus ditempuhi juga payah"........

Sekian


1 comment:

fauziharis said...

Sokong !!!!!

Jangan gadai agama hanya kerana dunia yang sementara kerana janji Allah itu pasti benar.

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg