Wednesday, November 18, 2009

Teringgin nak makan kebab......


Pada Jumaat minggu lepas kami sekeluarga dan pasangan K. Liza dan abg azam ke Wiesbaden. Banyak kali jugak la kami mengajak k.liza dan abg azam untuk ke Wiesbaden tetapi memandangkan stok bahan2 makanan yang dibawa dari Msia masih ada lagi kata mereka. Yela baru dalam 2-3 bulan baru sampai kat sini mana nak habis stok lagi...ye dak....

Oleh kerana kami akan balik tak lama lagi, maka kali ini mereka pun ikut sekali la sebab nak tahu cara2 nak ke Wiesbaden dan nak tahu kat mana letaknya kedai2 Asia jika stok makanan yg dibawa dah habis.....

Sebelum ini mereka kata mereka dah ke Wiesbaden tetapi dengan menaiki train tapi dengan kawan2 sekelas mereka tapi bukan dari Jerman laa... so tak banyak yg mereka tahu di Wiesbaden.

So kali ni kami kiranya jadi macam pemandu pelancong la plak....hehehe.

Bermula di Idstein kami menaiki ‘bus‘ 271 ke Wiesbaden kira2 dalam 40 minit. So bila sampai di Wiesbaden, tempat pertama yg kami tuju ialah kedai kebab ini kerana abg Azam teringin sangat nak makan kebab. Sebelum ini semasa ke jamuan Aidilfitri di Frankfurt abg azam memang dah teringin nak pekena kebab tapi rugi la pulak rasanya sebab pergi ke konsulat tu tu pun nak pekena maknan gak...hehehe.





So bila masuk kedai kebab tu masing2 terus melihat apa menu yg menarik.... abg azam ada gak tanya kenapa pilih kedai kebab kat sini....so jawab saya kedai kebab memang banyak... tetapi yg takde jual kebab bersekali dengan arak tu tak banyak sebab tu saya pilih kedai ini. Supaya kita makan pun tak ragu2. Ada banyak kedai kebab kat Jerman ni tetapi masalahnya mereka jual arak sekali tu yang tak syok tu.....






Kami juga di jamu dengan manisan... amat2 manis entah apantah namanya...begitu juga dengan teh Turki, agak2 kami la...sebab nak tanya pun mereka x leh berbahasa english...begitu jugak kami x leh berbahasa jerman....2x5 je la....

Makan kebab kat Jerman ni memang puashati....sebab keebab mereka ni besar...diorang satu pinggan tu sorang....kami satu pinggan kongsi sebab banyak sangat....huhhuuhuhu....kata abg azam memang puashati....memang kenyang wpun berkongsi....

Setelah habis makan, kami semua ke kedai Asia utk membeli barang2 keperluan dan kebetulan kedai asia tu berdekatan dengan ‘Suleymen Camey‘ iaitu Masjid Turki di Wiesbaden ni maka kami pun terus solat Maghrib kerana sekarang cepat malam dan waktu maghrib pon cepat....






(Bergambar kenangan dalam masjid Turki...)

So selepas solat, kami pun sempat la snap2 gambar dalam masjid Turki ni.... lepas tu pergi membeli brg kat kedai asia dan daging2 kat kedai halal Turki sebab isteri nak buat jamuan perpisahan kerana internship dah nak habis minggu ni.....

Schusss...

2 comments:

Unknown said...

hg jgnlah berharap sgt, kot2 nanti aku x jadi p ker, mcmana? lgpun kalau salji dah xder tu x berapa syok la nak p. kalau kena dgn bajet, mgkn aku boleh consider jugakla. aku x finalize lg ttg nak p sana tu, tengokla dulu macamna.

alrijalnajwa said...

Loooor takkan tak jadi pulak..cian kat Munir tu...lagipun kalau na dh takder mmg tak mari dh...sure punyalah!Accomodation bukan murah ooooo...

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg