Wednesday, August 26, 2009

Betul ke berita ni??? Kalau betul apa la malang nasib student di Jerman....

Sumber:kosmoonline

BERLIN - Satu siasatan dilakukan terhadap lebih 100 profesor di Jerman kerana menerima rasuah untuk menyelia kajian pelajar di peringkat doktor falsafah (PhD).

Beberapa ahli akademik berasa bimbang bahawa ijazah yang diperoleh menerusi rasuah itu.

Rasuah itu diberikan dalam bentuk bayaran nasihat kepada pelajar.

Kira-kira 100 profesor disyaki menerima bayaran itu yang merupakan satu perbuatan penipuan kerana memberi nasihat merupakan salah satu daripada tugas mereka.

"Tindakan itu akan menjejaskan kredibiliti kesarjanaan," kata Menteri Pendidikan Jerman, Annette Schavan.

Sebelum ini Institute for Scientific Consulting yang terletak di Bergisch Gladbach, Cologne muflis dan terlibat dalam mengenakan bayaran nasihat kepada pelajar PhD.

Institut itu mengiklankan perkhidmatan yang membolehkan calon PhD bertemu dengan bakal penyelia mereka tetapi bayaran yang dikenakan mencecah sehingga 20,000 euro (RM100,308). - AP

2 comments:

fauziharis said...

Buku blh di beli, tp ilmu x boleh di jual beli.

Ubat blh dibeli, tp sihat Allah yang bagi. Makanan blh dibeli, tp kesedapan makanan tu Allah yang bagi, kerana tanpa nafsu makan kita takkan makan dan tanpa mulut yg Allah kurnia kita payah nak menikmati makanan. Pucuk pangkalnya, kembali la kepada Allah.

alrijalnajwa said...

hmmm sedap ayat tu dan...betul tu...semua tu Allah yg bagi...cumanya ilmu tu org tak nampak...tapi sijil Phd tu org nampak huhuu...tu yg payahnya...

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg

Video Klip Ziarah Ukhuwah di Hamburg

Loading...