Kebetulan ke Rüdesheim, saya mengajak Saiful atau ohh untuk bersama2 menaiki ´cable car´ kerana Bingen tempat ohh tinggal tidak jauh dari Rüdesheim Cuma 2€ dengan menaiki kapal. Walaubagaimanapun ohh sampai dah agak lewat lalu terus saya mengajaknya kerumah saya di Idstein kerana sebelum ni ada juga merancang untuk berBBQ cuma tak tetapkan tarikh jer....
Dari Rüdesheim kami berhenti di Wiesbaden untuk mencari ayam dan keperluan untuk BBQ. Oleh kerana masa pun dah 3.00pm dan takut terlepas wakktu zohor jika menunngu sampai di Idstein maka kami semua singgah di ´Seleymen Cemey´ (panggilan dalam bahasa Turkey) atau masjid Seleyman di tengah2 bandar Wiesbaden. Masjid ni memang tersembunyi dan bagi sesiapa yang tak biasa dengan bandar Wiesbaden kiranya 2-3 kali pusing dan berkali2 terpaksa bertanya pada orang. Itulah yang berlaku kepada saya sebelum berjumpa dengan masjid ini.
“Wah besar masjid Turkey ni yer...?” ujar ohh yang buat pertama kali ronda2 di Bandar Wiesbaden yang mana sebelum ini dia mengatakan hanya ronda sekitar ´Hauptbahnof´/stesen keretapi jerr ketika menunggu train yang akan dinaiki berikutnya.
“memang besar masjid ni dan cantik….banyak juga aktiviti2 yang dijalankan kalau tengok pada gambar2 yang di tampal….”jawab saya.
Selepas tunaikan sembahyang dan barang2 yang diperlukan pun sudah di beli kami menaiki bas ke Idstein. Setelah sampai ke Idstein kami mengalami kesukaran untuk mendapatkan bas (hari minggu) dan bas untuk memuatkan kami seramai 6 orang sudah penuh dan hanya boleh menempatkan 4 orang penumpang sahaja itu pun pada pukul 8.16pm, padahal kami sampai kira2 jam 6.40pm.
“macamana ni takkan kita nak tunggu jam 8.00 malam kot baru nak sampai rumah..?“ ujar isteri sambil meletak kepala diatas riba anak perempuannya akibat penangan `migrain`. Ketika itu teringgat akan satu teksi yang agak mudah untuk berurusan iaitu ´paul taxi´. Pada mulanya agak susah juga untuk memuatkan penumpang yang agak ramai tetapi berbincang punya berbincang….. Alhamdulillah ´paul taxi´sanggup untuk menghantar kami ke Wallrabenstein walaupun penumpang melebihi had. Memang, Jerman ni betul2 mempunyai peraturan yang ketat dan kalau terkana dengan pak polisi hukuman agak berat akan dikenakan. Itu yang menakutkan mereka.
Setelah sampai di rumah, terpaksa la saya dan ohh menjadi chef tak bertauliah kerana isteri langsung tak boleh buka mata dan ´terjelempik´ atas katil. Part sayur saya serahkan pada ohhh dan goreng2 saya yang buat. Setelah siap makanan yang dimasak, apalagi….kami ´timbuk´ la makanan tu. “ehhh sedap juga makanan yang kita buat ni yerr….” Ujar saya pada ohh. Ohh hanya tersenyum lalu menjawab “disebabkan lapar…. tu yang sedap tu…..”.
Setelah isteri dah ok sikit lalu kami meembuat persediaan untuk BBQ untuk keesokan harinya. Pada mulanya susah juga untuk nak menyediakan secara tepat kerana kawan2 yang ohh jemput tak confirm samada mereka semua akan dating, Cuma yang confirm adalah Hafiz yang berdekatan dengan Frankfurt. Setelah berbincang saya, isteri dan ohh kami sediakan untuk 4-5 orang makan.
Setelah jam 12.00pm keesokkan harinya saya dan oh bersiap sedia untuk ber BBQ. Setelah itu ohh menerima panggilan daripada kawan2nya itu yang memaklumkan bahawa 3 orang yang akan datang iaitu Lan, Nik dan termasuk Hafiz. Pada mulanya bas dah dibook pada pukul 2.00pm lebih tetapi mereka sampai agak awal kira2 jam 1.00pm lebih. Terpaksa membatalkan bas dan menelefon ´paul taxi´. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Setelah mereka sampai kee rumah, saya dan isteri agak terkejut juga melihat perubahan saiz lan yang dah berisi ketika kami berjumpa pertama kali dengannya ketika sama2 ke rumah konsulat menghadiri ´open house´ hari raya tahun lepas. Masa tu seiras rupa zamani dari kumpulan slam ujar isteri. Manakala Hafiz saya berjumpa semasa nak bertolak ke Hamburg untuk program ziarah ukhuwwah. Manakala nik pula tak pernah berjumpa dan nik tinggal sebelah ataas jerman, sebelah atas mana pun saya tak tahu lah....
Ketika mereka sampai, ayam2 baru siap di bakar, lalu isteri menghampar tikar untuk sama2 menjamu selera bersama dengan ´nasi impit´ dan kuah kacang dan juga kuah percik. Ketika itu masing2 berborak2 disamping menghirup udara yang segar...hehehehe.
Setelah itu kami semua solat zuhur berjemaah sebelum perkena satu lagi menu iaitu bihun sup daging sambil2 melayan ´Los and Faun´ dan ´Ali Baba Bujang Lapok´ sehingga pukul 6.00pm mereka semua bertolak ke tempat menunggu bas untuk pulang ke bingen kerana keeseokkan harinya mereka akan bertolak ke Zurich, Swiss. Berjalan2 sebelum Ramadhan kata mereka.
Sekian.
2 comments:
nt bile jejalan lagi ke idstein nk g masjid yg cantik tu lah.. :D
sure bes.. lgipun x sampai lagi umah kak na yg baru..
semoga kakna sihat2 selalu hendaknya..
- iu -
alah iu....masjid cantik tu kt wiesbaden laa...bukan idstein...
meh la datang minggu ni...kita buka posa sekali sebelum iu balik beraya kt msia... nak rasa jugak meriah sesama Msian....hehehe bole la kna bawa jln2 kt anak sungai belakang rumah ni...
datang jangan x datang...
k.na
Post a Comment