Friday, July 31, 2009

Natijah akibat mandi setiap hari di German..

Saja nak cerita sikit pengalaman...seawal kami sekeluarga sampai di German ni memang saya pernah tanya kepada salah seorang staff universiti berapa kerap sepatutnya kita mandi di sini..jadi staff ni bg tahu...anak2nya mandi 2x seminggu..dia pula ikut keadaan...aduhhh dalam hati...macam mana ni...kat Msia paling kurang pun anak2 mandi 2x sehari..begitu juga kami...tak pernah terfikir bagaimana hari2 kalau tak mandi...sbb mandi sudah menjadi rutin harian bukan kerana kotor...tapi kerana ia sebahagian dari rutin...begitu juga tidur..kadang2 kita tidur bukan kerana kita mengantuk pun...tapi kita tidur juga sbb itu dh menjadi rutin...

Jadi sepanjang hampir setahun kami di sini...setiap hari saya mandikan anak2 (sgt2 jarang saya biarkan mereka mandi sendiri kerana saya mmg tak suka biarkan anak2 membazir air) kami ibu bapa juga memang mandi setiap hari..apatah lagi saya memang ke kelas setiap hari...Cuma kali ini kekerapan mandi telah berkurang kepada hanya sekali sehari..tak kira musim winter atau sekarg ni..summer..(tak macam summer ponnnn sejuk jer...)

Bulan lepas kami pindah ke rumah baru...jadi segala urusan bil pun diuruskan...beberapa hari lepas sesuatu yg mengejutkan tiba...bil2 kami di rumah lama..hohoho...memang boleh sakit jantung dibuatnya...

Kami mengharapkan dapat balik duit deposit rumah sebanyak 750€ kerana tuan rumah kata rumahnya berkeadaan baik semasa kami pulangkan kunci..memang saya sgt teliti dalam menjaga rumah...baik rumah sendiri apatah lagi rumah org...jadi Alhamdulillah..tiada sebarang charge dikenakan utk kerosakan rumah...tapi yg buat kami terkejut adalah charge yg tuan rumah kenakan kerana penggunaan air...hampir 1000€ huhuhu...apa tidaknya...charge bukan saja dikenakan pada air yg masuk ke rumah kita...tapi juga air yg keluar dr rumah..malah air yg keluar dr rumah lebih mahal kiraannya...

Secepat kilat saya berhubung dgn salah seorg pensyarah saya di uni..minta pendapat dia..segalanya hampa kerana menurutnya..itu adalah normal di German...memang ia tak dinyatakan dalam kontrak kerana itu adalah kebiasaannya...entahla...betul atau tidak tapi mmg ternyata harga air di sini terlalu mahal...serta merta teringat pada Msia...di Msia..bil2 api dan air kami tak pernah capai Rm70 pun sebulan...itu dgn penggunaan lebih luar biasa dr sini sbb nak siram pokok bunga hari2...nak basuh kete sekali seminggu...kenduri kendara...macam2 tapi murah jer...kat sini hanya mandi jer..sampai dekat seribu € mereka cekik saya...huhuhu...

Punah harapan nak dapat balik duit deposit...malah kena bayar tmbahan lagi..hadoi...ni la padahnya rajin sgt mandi...(mandi pun salah ker?) Tapi lepas ni...kenala berjimat sikit..tapi tak tahu la macam mana caranya sbb mandi tetap mandi...hohoho..degil...saya takleh tak mandi...migrain...dan saya pun takleh tengok anak2 tak mandi...serabut la kepala...dh tu macam mana nak buat ni yer?..hahaha..abah dia la nampaknya tak dibenarkan mandi hahahahaa...

Sekian dari bilik berita hihihihi...melaporkan utk peringatan bersama....

Wednesday, July 29, 2009

Homburg (Saarland)

Jalan2 ke Homburg Saarland

Lepas pulang dari gi jalan2 ke Luxembourg tu..keesokan harinya kami memang tak plan nak ke mana2...saya ni memang la..sebelum gi jalan2 memang semangat nak gi jalan...bila dh gi jalan....huhuhu..serik takmo jalan dah...tak larat nak kejar anak2...tapi tu la..bila lama tak gi jalan...terasa nak gi jalan pulak...pelik betul..macam dh lupa jer episod berlari2 mengejar anak2 tu...(alah...macam beranak jugala...sekali beranak terasa perit takmo beranak dh lain kali...tapi tak sampai 2 tahun..mengandung lagi hihihihi...biasalah...)

So...tuan rumah, IU dah plan nak buat BBQ...huhuhu malangnya kami terlalu sibuk berBBQ sampai lupa nak ambik gambar kenang2an masa dok berasap2 tu...rugi betul....tapi takper la..apapun tuan rumah ni rajin betul...byk benor dimasaknya...rajin...hihiih...bukan jer daging BBQ tu..ada macam2 lagi..kuihteow goreng ada, cheese cake ada, ayam percik ada, buah2 ada...macam2 ada laaaa...tak tahu la macam mana nak habiskan semuanya...apapun kami seronok haritu sbb cuaca pun Alhamdulillah baik sesangat...

Lepas makan tu (tak habis pun...dh byk sgt...memang tak terhabis makan la...) kami dh kekenyangan..sebenarnya bukan kami jer yg ada masa tu...IU juga ada menjemput seorg lagi rakan kami yg tak sampai seminggu pun lagi nak balik Msia for good dah...so kami dah pulun makan dh pun...tapi tak berjaya habiskan..

Lepas makan tengok tv kejap..plan lepas tu nak gi jalan2 kat taman permainan yg ada tasik berdekatan dgn rumah iu ni la...so dh cukup rehat kami pun mulalah siapkan bekalan utk ke taman tu....semua makanan tadi kami tapau la...biasanya kalau gi jalan2 kat taman ni perut cepat lapar..hihihi...

Rupanya taman tu takder la dekat sgt tapi sbb kami gi ramai2..jadi takla terasa jauh...kami gi jalan kaki jer...sambil jalan2..sambil jamu mata n tangkap gambar...memang cantik bandar Homburg ni...tenang jer...mungkin sbb haritu hari Ahad kot...apapun senang hati la haritu..kalau anak2 berlari2 pun tak kisah sbb tak byk kenderaan....

Sampai kat taman tu..anak2 dh teruja pada tasik tu...permainan yg lain mereka dh tak tengok dh..walhal permainan lain pun pd pandangan saya menarik juga...lain dr di Msia la...lebih mencabar...anak2 saya ni kalau setakat naik boyan..gelungsur tu mereka tak heran sbb tak mencabar langsung...tapi kalau yg payah2 tu mereka suka la...so saya ingat mereka akan teruja dgn permainan laiin yg ada kat taman tu..rupanya mereka lebih teruja pada tasik tu sbbnya ramai budak dok mandi kat situ....aduhhhh macam mana ni..saya memang tak plan langsung nak bagi anak2 mandi..tu tak bawa apa2 persalinan...

Tapi yer la...kalau anak2 dh dok merayu2 nak mandi juga...hati ibu manala yg tak kesian kan...so bagila depa ni mandi...tapi kira yg lelaki tak pakai baju la...yg pompuan pula kebetulan pakai baju 2 lapis...so balik nanti kira pakai baju n seluar basah la jawabnya....

Punyala seronok tengok depa ni mandi sambil main rakit...anak2 saya ni kalau kat Msia nun memang saya kerap bawa gi jalan2 tiap setiap wekend...ataupun waktu cuti2 yg lain...jadi bila mari sini memang dh lama tak gi tempat mandi macam tu (nak mandi macam mana kalau dok sejuk manjangggg)...jadi bila jumpa tempat mandi gini memang la tak lepas peluang...

Kami si ibu2 and bapa2 pula apa lagi...bila dh hampar tikar tu...semua bekal2 yg di bawa tadi di keluarkan...hohoho..macam yg di jangka..seronok makan kat luar ni...perut tetiba jer lapar...so memang habisla makanan yg di bawa tadi tu...

Anak2 pun kami tengok dh menggigil..yer la..walaupun summer suhu tak cecah 30 darjah punn....masih sejuk gak...tapi budak2 ni..dia bukan kisah pun...so bila saya tengok bibir anak2 dh biru..saya ajak balik la...tu pun takmo balik gak tu...apalagi...saya gunakan kuasa veto la hihihi...lagipun dh pukul 8 malam waktu tu...

Lepas anak2 pun makan serba sikit...salin baju serba sikit...kami pun berangkat berjalan balik la...malam tu anak2 dan ibu2 anak tido awal sbb keletihan..bapa2 anak jer tak tahu dok buat apa hihihi...bincang hal negara kot...

Esok tu kami nak berangkat balik ke Idstein dh...huhuhu sedey la...tuan rumah masak nasi lemak..sedap...sempat juga bg kami tapau...yer la nak singgah restoran mana kalau lapar kat tgh jalan kat sini...kedai kebab jer yg ada...tak nak la...jemu dah..kebab...kebab..kebabbbb jer manjang...huhuhu...

Apapun terima kasih daun keladi pada tuan rumah kerana melayan kami serta kerenah anak2 kami...hehehe...jangan serik nak terima tamu lagi..jemput la datang kat rumah kami pulak...

Jemput..jemput...

Tuesday, July 28, 2009

Luxembourg





















Selepas ronda-ronda di bandar Saarbrucken dalam pukul 1.15pm kami pun menaiki bas ke Luxembourg dengan mengambil masa kira2 1 jam 40 minit. Sampai2 je kat Luxembourg, isteri dah kena ‘migrain’… sebelum naik bas tu dah tengok dia lain macam dah, “macamana? Boleh sampai ke Luxembourg tak ni?”, ujar saya pada isteri. Lalu jawabnya ”insyallah boleh….”

Setelah sampai Luxembourg, kami cari tempat duduk dulu lebih kurang pukul 2.30 petang, berehat nak hilangkan ‘migrain’ isteri sambil2 membuka ‘bekal’ yang di ‘tapau’ oleh isteri akhi Arief, IU. Biasanya migraine isteri akan ok sikit bila dah muntah…jadi bila isteri terasa macam nak muntah tu…cepat2 dia pergi mencari ‘port’ yg sesuai….Alhamdulillah… ‘migrain’ dah ok sikit lalu kami terus membuka pelan yang di berikan oleh akhi arief untuk ke tempat2 yang menarik.

Boleh dikatakan memang cantik la Luxembourg ni untuk melawat, di sini juga ada “hop on hop bus” sepertimana di kota London dan Paris. Tapi kami tak naik pun sebab antara satu satu tempat tu tak jauh sangat..boleh berjalan jer…

Pada pengamatan kami ramai juga pelancong2 dari Asia yang datang terutama dari kaum Cina la (tak tahu la asal dr mana). Kiranya di sini juga macam di 2 kota besar yg pernah kami lawati iaitu tak ramai penduduk asal, penuh dgn pelancong atau pendatang asing jer nampak gayanya.

Setelah berjalan agak jauh juga, anak2 minta nak berehat dan kebetulan lalu depan taman permainan, so apa lagi anak2 dah rasa tak penat dah la bila tengok taman permainan.

Semasa menunggu anak-anak bermain di taman permainan, ada seorang nampak macam orang sebelah India ker atau Pakistan ker camtu lah… Mula2 tu ada jugak nak tegur, lama2 orang tu yang tegur dulu dengan memberikan salam, so kami pun jawab la salam. Selepas tu dia perkanalkan diri bernama Rasyid dan berasal dari Pakistan dan berkahwin dengan wanita Jerman.

Pada mulanya kami malas la nak tanya lebih lanjut samada isterinya tu masuk Islam atau tak sebabnya dah 2-3 kali juga kami bertemu dengan orang Islam seperti dari Sudan atau Negara Arab yang tinggal di Jerman bila berkahwin dengan orang Jerman, depa ni buat macam biasa jer, walaupun Islam tetapi isteri tak convert dan tetap dengan agama asal mereka. Bila tanya mereka ok ker tinggal suami isteri….dia kata “ehh ok dah bertahun2 kami tinggal bersama dan dah ada anak beberapa orang pun…” So itu yang kami malas nak tanya. Ingat kot yg ni pun macam tu juga…

Sebenarnya dia pun tengah tunggu isterinya mereka bersama pasangan suami masing2. Bila isterinya datang terkejut juga la kami bahwa dia betul2 mendidik isterinya sebagai seorang muslimat sejati. Lepas pada tu banyak la pelbagai topic diperbincangkan dan kami ada juga bertanya berkaitan dengan orang Islam di Jerman. Dia berkata orang Islam di Jerman semakin meningkat terutamanya bagi wanita. So kami pun berkata Alhamdulillah.

Satu perkara lagi mereka membentuk organisasi atau persatuan Islam dan isterinya juga menjemput untuk join bersama2 tetapi bila dia terpikir balik tempat yang dia tinggal dengan yang kami tinggal terlalu jauh tetapi insyaalah kalau ada rezeki kami akan berhubung lagi.

Selepas masing2 berlalu dan masa pun dah petang so kami beransur2 berjalan balik ke bus station untuk pulang ke Homburg. Dalam pada berjalan2 tu terpandang la sepasang suami isteri lalu si suami pasangan tu terus menegur kami dari seberang jalan “Orang Malaysia ker???” Kami jawab “yer..”

So apalagi mereka pun datang menghampiri kami lalu kami pun berkenalan dan mereka mengatakan bahawa mereka dah nampak dah kami jalan2 dari awal lagi…dan mengekori kami, “nak tegur takut orang Indonesia…tapi bila tengok pakai baju kurung tu yg berani nak tegur”katanya. Memang isteri saya ni selesa berbaju kurung walau ke mana saja…(untung juga berbaju kurung ni rupanya..mudah org nak cam..) Rupa2nya pasangan tersebut berasal dari Kelantan, so apa lagi…”kkecek kelate” la kami….heheheh jumpa orang sekampung di Luxembourgggggg….

Sebenarnya sdr Yusman ni bekerja di “Konsulat Malaysia” di The Netherland dan sebelum ni di Senegal selama 4 tahun lebih. Sebelum beredar tu masing2 mengambil nombor telefon masing2 untuk urusan menjelajah ke Nertherland selepas ini hehehe…dan mereka juga bila ditanya pernah ke datang jerman….? Mereka kata ada la rancang nak ke Jerman tapi tak berkesempatan lagi….so apa lagi masing2 menjemput la datang ke rumah….

Selepas tu kami menaiki bas 7.15 malam untuk ke Homburg dan selamat tiba dalam pukul 9.30malam. Alhamdulillah dapat juga jejakkan kaki di Luxembourg Negara ke4 dalam sesi penjelajahan kami di eropah ni…..

Monday, July 27, 2009

Saarbruecken(Saarland) Germany

Alhamdulillah…Segala pujian bagi Allah ketana nikmat yang tak terhingga dapat lagi merasai pengalaman menjelajah dan insyaallah dapat mengenali kebesaran tuan punya bumi (Allah) ini dengan lebih yakin lagi.

Kali ini kami sekeluarga bertamu ke sebelah barat negara Jerman iaitu rumah sahabat kami akhi Arief dan isterinya IU di Homburg, negeri Saarland. Kiranya inilah negeri ketiga yang kami jelajah dalam Jerman selepas Hamburg dan Hessen (tempat tinggal sekarang).

Alhamdulillah dengan adaanya ikatan ukhuwah yang dibina di Jerman ini dapat la juga kami kenal tempat-tempat selain tempat yang kami tinggal.

Ucapan jazakumullahu kepada akhi Arief sekeluarga kerana sudi menerima kami sebagai tetamu kira2 lama juga la 4hari 3 malam (campur hari sampai dan balik). Semoga Allah membalas budi kalian sekeluarga.

Setelah mengambil masa kira2 hampir 3 jam lebih kami bertolak dari Idstein BF ke Homburg(saar) HBF dengan menggunakan “lander ticket” yang mana tiket ni boleh digunakan satu hari bermula 9.00pagi sehingga jam 3.00pagi keesokan harinya. Inilah perjalanan yang agak lama dengan menggunakan train yang mana sebelum ini kami menggunakan “eurolines bus”.

Seperti yang diduga, dengan menggunakan ‘train’ anak-anak “tak duduk diam”, terpaksa la kami mencari seat di tempat ruang kecil yang hanya kami sekeluarga yang duduk. OK la kalau anak-anak bising sikit pun takde orang2 sekeliling dok jeling atau marah….kalau naik bas tu naik 5 minit terus jer tidur….ermmm takpelah kena sabar banyak2.

Setelah sampai di Homburg HBF, akhi Arief dah tercegat dok menunggu kami untuk dibawa ke rumahnya. Sampai2 je agak2 dah pukul 9.00 malam, makan malam pun dah dihidang, ermm apa lagi “rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari….”kami pun bismillah terus menikmati hidangan yang cukup lazat. Terima kasih tuan rumah….

Selepas makan dan tunaikan jamak, kami berbincang dengan tuan rumah untuk ke Luxembourg kerana menurut akhi Arief hanya mengambil masa 2 jam dari Homburg tetapi kena pergi ke Saarbucken (ibu negeri Saarland, dalam setengah jam dari Homburg).

Orang kata dah ada peluang melawat tempat orang, jangan lepaskan….so tanpa banyak soal kami bersetuju, so pagi2 lagi kami berolak ke Saarbucken dengan di temani akhi arief sekeluarga. Sampai di Saarbucken kebetulan ada “Flohmarkt” atau pasar tani lah kalau kat Malaysia yang menjual pelbagai barangan terpakai yang murah2. Isteri ada juga teringin nak beli pinggan mangkuk yang agak murah, tapi dia dok pikir2 susah utk nak bawa balik ke Idstein maka tak jadi beli la…ermm dalam hati “Alhamdulillah….kalau tak sapa lagi yang nak kena angkut barang2 tu….hehehe :P).

Menurut akhi Arief “Flohmarkt” tu tak sebesar di Homburg yang diadakan pada setiap awal bulan. Kami juga dibawa ronda2 oleh “pemandu pelancong” kami disekitar Bandar Saarbucken yang mana iainya hari Sabtu, so tak sesibuk hari kerja lah. Akhie arief ada juga menunjukkan tempat tinggal student Malaysia tetapi semuanya dah balik “for good” jadi dah takde orang lah sekarang dan kemasukan baru pun tak de ditempatkan di Bandar Saarbucken.

Kebetulan pulak, sekarang musim nak pilihanraya, so ada la diaorang buat kempen untuk parti mereka kalau tak silap parti PDF atau “Green Party” dengan memberikan kanak2 belon, apa lagi anak2 riang gumbira sakan laa…sampai tak terkawal la tambah2 disekeliling orang terlalu ramai.

Banyak juga la kami di bawa ke tempat2 menarik terutamanya tempat2 sejarah2 orang2 jerman ni la… So x leh nak bangga sangat la kan sebab sejarah diaorang, kalau berkaitan sejarah Islam tu lagi la bangga. Tapi yang sejarah Islam ni jauh2 la sikit seperti di Spain, Turki dan lain2 yang kena pergi dengan flight dan kena duduk sana lama sikit baru puashati. Tapi Insyallah kami akan cuba untuk sampai ke tempat2 peninggalan sejarah Islam.

Cerita di Luxembourg bersambung……

Wallahua’lam

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg