Tuesday, July 28, 2009

Luxembourg





















Selepas ronda-ronda di bandar Saarbrucken dalam pukul 1.15pm kami pun menaiki bas ke Luxembourg dengan mengambil masa kira2 1 jam 40 minit. Sampai2 je kat Luxembourg, isteri dah kena ‘migrain’… sebelum naik bas tu dah tengok dia lain macam dah, “macamana? Boleh sampai ke Luxembourg tak ni?”, ujar saya pada isteri. Lalu jawabnya ”insyallah boleh….”

Setelah sampai Luxembourg, kami cari tempat duduk dulu lebih kurang pukul 2.30 petang, berehat nak hilangkan ‘migrain’ isteri sambil2 membuka ‘bekal’ yang di ‘tapau’ oleh isteri akhi Arief, IU. Biasanya migraine isteri akan ok sikit bila dah muntah…jadi bila isteri terasa macam nak muntah tu…cepat2 dia pergi mencari ‘port’ yg sesuai….Alhamdulillah… ‘migrain’ dah ok sikit lalu kami terus membuka pelan yang di berikan oleh akhi arief untuk ke tempat2 yang menarik.

Boleh dikatakan memang cantik la Luxembourg ni untuk melawat, di sini juga ada “hop on hop bus” sepertimana di kota London dan Paris. Tapi kami tak naik pun sebab antara satu satu tempat tu tak jauh sangat..boleh berjalan jer…

Pada pengamatan kami ramai juga pelancong2 dari Asia yang datang terutama dari kaum Cina la (tak tahu la asal dr mana). Kiranya di sini juga macam di 2 kota besar yg pernah kami lawati iaitu tak ramai penduduk asal, penuh dgn pelancong atau pendatang asing jer nampak gayanya.

Setelah berjalan agak jauh juga, anak2 minta nak berehat dan kebetulan lalu depan taman permainan, so apa lagi anak2 dah rasa tak penat dah la bila tengok taman permainan.

Semasa menunggu anak-anak bermain di taman permainan, ada seorang nampak macam orang sebelah India ker atau Pakistan ker camtu lah… Mula2 tu ada jugak nak tegur, lama2 orang tu yang tegur dulu dengan memberikan salam, so kami pun jawab la salam. Selepas tu dia perkanalkan diri bernama Rasyid dan berasal dari Pakistan dan berkahwin dengan wanita Jerman.

Pada mulanya kami malas la nak tanya lebih lanjut samada isterinya tu masuk Islam atau tak sebabnya dah 2-3 kali juga kami bertemu dengan orang Islam seperti dari Sudan atau Negara Arab yang tinggal di Jerman bila berkahwin dengan orang Jerman, depa ni buat macam biasa jer, walaupun Islam tetapi isteri tak convert dan tetap dengan agama asal mereka. Bila tanya mereka ok ker tinggal suami isteri….dia kata “ehh ok dah bertahun2 kami tinggal bersama dan dah ada anak beberapa orang pun…” So itu yang kami malas nak tanya. Ingat kot yg ni pun macam tu juga…

Sebenarnya dia pun tengah tunggu isterinya mereka bersama pasangan suami masing2. Bila isterinya datang terkejut juga la kami bahwa dia betul2 mendidik isterinya sebagai seorang muslimat sejati. Lepas pada tu banyak la pelbagai topic diperbincangkan dan kami ada juga bertanya berkaitan dengan orang Islam di Jerman. Dia berkata orang Islam di Jerman semakin meningkat terutamanya bagi wanita. So kami pun berkata Alhamdulillah.

Satu perkara lagi mereka membentuk organisasi atau persatuan Islam dan isterinya juga menjemput untuk join bersama2 tetapi bila dia terpikir balik tempat yang dia tinggal dengan yang kami tinggal terlalu jauh tetapi insyaalah kalau ada rezeki kami akan berhubung lagi.

Selepas masing2 berlalu dan masa pun dah petang so kami beransur2 berjalan balik ke bus station untuk pulang ke Homburg. Dalam pada berjalan2 tu terpandang la sepasang suami isteri lalu si suami pasangan tu terus menegur kami dari seberang jalan “Orang Malaysia ker???” Kami jawab “yer..”

So apalagi mereka pun datang menghampiri kami lalu kami pun berkenalan dan mereka mengatakan bahawa mereka dah nampak dah kami jalan2 dari awal lagi…dan mengekori kami, “nak tegur takut orang Indonesia…tapi bila tengok pakai baju kurung tu yg berani nak tegur”katanya. Memang isteri saya ni selesa berbaju kurung walau ke mana saja…(untung juga berbaju kurung ni rupanya..mudah org nak cam..) Rupa2nya pasangan tersebut berasal dari Kelantan, so apa lagi…”kkecek kelate” la kami….heheheh jumpa orang sekampung di Luxembourgggggg….

Sebenarnya sdr Yusman ni bekerja di “Konsulat Malaysia” di The Netherland dan sebelum ni di Senegal selama 4 tahun lebih. Sebelum beredar tu masing2 mengambil nombor telefon masing2 untuk urusan menjelajah ke Nertherland selepas ini hehehe…dan mereka juga bila ditanya pernah ke datang jerman….? Mereka kata ada la rancang nak ke Jerman tapi tak berkesempatan lagi….so apa lagi masing2 menjemput la datang ke rumah….

Selepas tu kami menaiki bas 7.15 malam untuk ke Homburg dan selamat tiba dalam pukul 9.30malam. Alhamdulillah dapat juga jejakkan kaki di Luxembourg Negara ke4 dalam sesi penjelajahan kami di eropah ni…..

No comments:

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg