Tuesday, July 7, 2009

Ziarah Ukhuwwah di Hamburg

Alhamdulillah dengan izinNya kami sekeluarga telah berkesempatan menziarahi sahabat kami di Harburg, Hamburg di sebelah utara Jerman. Perjalanan mengambil masa 8 jam dengan menaiki bas di Frankfurt. Kali ini kami bersama-sama sahabat dari Bingen akhi Saiful atau dikenali dengan ‘che pico’ oleh kawan-kawannya di Bingen.

Semasa di Hamburg Haupbahnhof(Stesyen besar keretapi)

Ziarah Hamburg ini adalah program ke2 setelah kali pertamanya di buat di rumah kami di Wallrabenstein-Hunstetten, Idstein. Program kali ini amat memberi kesan sekali terutama ukhuwwah kekeluargaan kerana melibatkan seluruh ahli family tidak seperti program yang pertama yang hanya dihadiri oleh para sang suami sahaja.

Respon dari muslimat cukup-cukup positif kerana selama ini mereka hanya berusrah secara online sahaja, dengan adanya program ziarah yang di anjurkan oleh pihak muslimin ini mereka secara tidak langsung mengeratkan ukhuwwah sesama mereka terutamanya semasa mereka bersama-sama memasak makanan yang pelbagai resepi kepada pihak muslimin. Dengan program sebegini juga mereka berpeluang mengenal tempat-tempat menarik di Jerman ini.



Muslimat tunjang kekuatan muslimin...nasi ayam...antara menu yang dimasak...terasa macam kat M'sia plak....

Bagi pihak muslimin semestinyalah program ini memberi kesan yang amat mendalam terutama ukhuwwah sesame kami. Setelah pertemuan kedua ini secara peribadi saya merasakan satu perasaan yang cukup manis kerana Ukhuwwah Fillah.






Bergambar bersama-sama tanda ikatan ukhuwwah fillah

Teringat satu hadis berkautan ukhuwwah ini iaitu:

Hadits dari Abu Daud dan Ibnu Majah

Rasulullah berkata :

“Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah Arash naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang

naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah:

1. Pemerintah yang adil,

2. Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya,

3. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid,

4. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat

keredhaan Allah,

5. Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”,

6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya,

7. Dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak adadalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya

kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”

Ujian sebagai Tarbiyyah...

Antara ujian yang kecil semasa kami ke program ziarah ialah semasa menaiki keretapi dari Hamburg HBF ke rumah sahabat kami akhi Sharfie di materstrasse, Harburg... barang makanan yang dibawa dari rumah telah tertinggal dalam train s-bahn tersebut. Tak ada rezeki lah nampaknya....

Begitu juga sahabat kami dari Rasulsheim, akhi fazrul ‘delay‘ dekat dua jam lebih yang pada jadual asalnya akan sampai ke Harbug, hamburg jam 12.20 tengahmalam...akhirnya sampai pada pukul 2.40 pagi. Perjalanan akhi fazrul dari selatan ke utara jerman memakan masa kira-kira 8-9 jam.

Begitu juga berlaku kepada akhi Syamsul yang sepatutnya sampai pada pukul 12.30 malam lebih akhirnya terpaksa bermalam di hotel dan pagi esoknya naik train semula ke Harburg. Tapi nasib baik juga pihak train Dbahn yang menyediakan hotel dan akan membayat pampasan sedikit sebanyak diatas kesulitan tersebut.

Famili dari Homburg akhi Arief yang pada mulanya menyatakan tidak akan hadir, tiba-tiba menelefon tuan rumah, akhi Sharfie memaklumkan kehadiran bersama keluarga dengan menyewa kereta yang memakan masa perjalanan hampir 11jam untuk sampai di Harburg.

Begitulah ujian-ujian yang sedikit itu untuk menjayakan program yang dirancang bersama-sama untuk mengharapkan Mardhatillah (keradhaan dari Allah). Hasil dari ukhuwwah Fillah inilah yang dapat menghadapi pelbagai rintangan tanpa melemahkan semangat kami semua.

Tempat menarik di Hamburg

Semestinyalah kami tidak melepaskan peluang untuk meronda-ronda bandar Hamburg yang sarat dengan pembangunan serta pelbagai latarbelakang manusia. Sebuah bandar yang menarik, terdapat pelbagai makanan halal dari pelbagai negara seperti Afghanistan, turki dan lain-lain. kiranya senang bagi sesiapa yang datang ke Hamburg untuk mencari makanan halal. Kami juga sempat snap menyenap di menara jam besar yang menjadi salah satu ikon dibandar Hamburg ini.




Menara tinggi tu menara jam besar, tak sempat nak gi dekat sebab nak berkejar naik train plak.....




Kami di bawa menaiki kapal pelancong bagi merasai pengalaman menaiki kapal menyelurusi sungai di Hamburg dengan melihat sendiri tempat2 untuk membaiki kapal dan melihat bangunan2 di pesisir sungai. Oleh kerana para ibu-ibu sudah penat dengan menguruskan anak-anak dan aktiviti memasak, so para bapa-bapa pula yang mengambil alih membawa anak-anak bersiar-siar....





Bergambar bersama-sama sebelum menaiki kapal




Negara Denmark








Kami juga berkesempatan untuk menjejakkan kaki di negara Denmark. Ia memakan masa selama 2 jam lebih dengan menaiki train dengan tiket berharga 30euro untuk satu famili. Kami hanya dapat menjejakkan kaki kami hanya beberapa ketika sahaja di border negara Denmark untuk snap menyenap gambar kenang-kenangan. Ini kerana di border negara Denmark tidak mempunyai pemandangan menarik kerana ia satu bandar yang kecil sahaja. Selepas itu kami berhenti di satu kawasan pelabuhan yang amat menarik dengan terdapat pelbagai jenis kapal dan rumah di kawasan berbukit.





Pemandangan yang sungguh cantik....

Kesimpulan yang dapat kami katakan bahawa Program Ziarah Ukhuwwah di Hamburg kali ini benar-benar dapat mengeratkan tali kekeluargaan kami disamping pengisian daripada ustaz Ahmad Rafizi selaku Naqib. Banyak persoalan-persoalan terutamanya persoalan munakahat daripada sahabat2 yang dalam pencarian dapat di selesaikan oleh naqib.

Sekian.

4 comments:

fauziharis said...

Cantik sungguh pemandangan di sana. Satu je nak komen pasal makanan halal. De kat sini pun mengomen benda yang sama. Kawan de kat sini buka kedai Halal House. Rata2 barang yang dijualnya datang dari Brazil (Ayam), Australia (Daging), Thailand dan Indonesia. Negara kita yang tercinta yang declare sebagai Halal Hub rantau asia ni tak nampak satu produk pun. Member de tu pun dok tanya juga, kalau2 ada "lobang" utk bawa dan promote produk halal Malaysia.

alrijalnajwa said...

Heheh..itu la keunikan Msia..buatnya sikit hebahnya bukan main...dalam negara bunyi berdegar2...tapi kalau k'jaan sendiri tak bantu pengusaha nak naik macam mana mereka nak naik...apapun..bukan Msia la kalau tak berlagak kan?

iu rf said...

lajunye update.. wahhh seronok baca... :D thanx ... :)

pasni singgah ke homburg pulak ye...hehehe

alrijalnajwa said...

heheh...semangat...padahal ada lagi benda lain nak buh sblm citer Hamburg ni...pasal pindah rumah..tapi tak menyempat-nyempat la pulak....

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg